Thursday, December 23, 2010

Makluman Perumahan Alexandria (Tahun 1) 2009 & 2010


Salam,
Semoga semua berada didalam pemeliharaan dan rahmat Allah swt. Doa agar dipermudahkan urusan titian ke jalan-jalan MUMTAZ dunia dan akhirat. Ameen!. Untuk urusan rumah.

Mohon semua Tahun 1 Tahun 2009 dan 2010 mengisi makluman didalam borang ini.
1. Sila isikan makluman ini sebelum 31 / 12 / 10.
2. Sila pastikan hanya KETUA RUMAH sahaja yang mengisi borang ini.
3. Sila isi setakat makluman yang anda tahu sahaja, sila kosongkan jika tidak pasti (terutamanya bahagian kos Simsa).
4. Bagi rumah yang terlibat dengan perpindahan sebelum tarikh tamat kontrak sila maklumkan melalui ruang 'Maklumat Tambahan Perpindahan'.
5. Bagi maklumat pertukaran ahli rumah, sila nayatakan didalam 'Maklumat Tambahan Pertukaran Ahli Rumah'
Untuk Tahun 1 , tahun 2010. Sila isikan setakat barang yang telah dihantar setakat 31hb Disember 2010. Untuk tujuan penyelarasan dan proses yang lebih cepat, nyatakan setakat barang yang telah diterima. MM mendapati, ramai pelajar yang baru membuat tambahan barang. Sila pastikan pesanan barangan seterusnya melalui Ustaz Mohamad dibuat setelah anda mendapat baki wang. Ini bagi mempastikan pengembalian baki wang tak tertunda.

Semoga dipermudahkan segala urusan. Dan selamat maju jaya kepada semua pelajar MM Tahun 1 dan Tahun 2 Alexandria University yang bakal menghadapi imtihan tidak lama lagi. Insyallah. Ameen.


Salam ikhlas,
Shahrizad
(Raja Shahrizad Bin Raja Abdul Rashid)
Pelajar Tahun 2,
Alexandria University.

1 comment:

  1. Akhirnya ada juga post kat sini....
    jika anda nak tahu ada blog MMalex 1st yr
    http://medicmesiralex2010.blogspot.com/

    gudluck shbt2 utk exam kali ni..
    smg smua mumtazz..

    ReplyDelete